RSS

INTEGRITI- UNTUK MASA HADAPAN


INTEGRITI

Apa itu Integriti ???

   Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.

Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).

Dipetik dari: http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apa-itu-integriti-maksud-      integriti.html

Minggu Integriti IPG
Objektif Minggu Integriti diadakan adalah untuk :
      • Meningkatkan kefahaman warga pendidik tentang integriti dan Pelan Integriti Nasional (PIN).
      • Meningkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat.
      • Mendapatkan kerjasama warga pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman tentang integriti dan PIN dalam kalangan pelajar.
      • Menyemaikan peribadi mulia yang terdapat pada diri individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, anti rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri positif yang lain.



0 comments:

Post a Comment